Thursday, May 13, 2010

kotak hantaran zaman tahun 60 an ...hand made



yang ni kotak hantaran lama sekitar angaran tahun <<1960 ...hand made .....
difahamkan orang yang buat kotak2 hantaran ni dah tiada lagi ....
kalau tak silap dulu dulu kotak ni sebagai kotak hantaran barang2 hantaran perkhawinan dan pertunangan ...aku dapat benda ni disebuah kedai melayu menjual alat2 hantaran ....
sudah berabuk dan sudah buruk.......
biasalah benda buruk memang orang tak mahu ...dan aku salah seorang dari sekelian manusia yang lain sukakan sesuatu yang lama dan buruk jadi akulah yang dapat .......

Wednesday, April 21, 2010

jam





jam ayam ni ada dua size satu kecil satu besar ....
masih jalan lagi .....

kepala mematuk tetapi sayang tak berkokok cuma berdering guna kunci .....

khazanah zaman 1950 ,1960 .1970







Tuesday, April 20, 2010

kayu naga


satu satu nya kayu naga...............
benda ni aku sendiri jumpa dikaki bukit banang batu pahat .....tengah sibuk sibuk cari tongkat ali bersama rakan aku ..tiba tiba aku tersungkur jatuh kerana benda tu menyekat kaki aku .....peh nasib tak baik betul dalam hati berkata kerana kayu ni aku tersungkur ....
entah macam mana ringan hati pulak cabut kayu ni dari dalam semak bawak balik ...bila dah seminggu semasa aku termenung dirumah aku pandang kayu tu macam ada bentuk pulak ......kebetulan ada seorang cina kawan lama datang pada masa itu dia kata "bang mana kamu angkat kayu naga tu" he2 ....bila aku tengok balik memang betul juga kata budak cina tu "macam naga "
aku namakan KAYU NAGA....ha2 kalu tak macam naga pun tak apa aku syok sendiri jer....

Tuesday, April 6, 2010

botol minum lama






ini botol botol minuman lama /tu aku simpan dari zaman atuk aku ...dan yang lain dapat sendiri "harta karun "kilang air batu lama di batu pahat .....

Monday, March 29, 2010

lampu minyak tanah zaman atuk ,mungkin zaman jepun lampu tu lahir dulu sebelum aku

iklan tonic chop gajah tahun tahun 50 an -60 an



zaman kecil aku jumpa tonic ni .....

jika beli sebotol disertakan sudu tembaga atau steel dan cawan plastik chop tonik chop gajah

.Tongkat Ali ,mascotek,misai kucing ada tapi kilang buat teh mascotek dan misai kucing belum ada lagi.........


LAGU iklan tonic chap gajah bisa berkemundang di radio berbunyi 'T O N I C.....C H O P...G A J A HHHH .tonic chop gajah ...tanya lah otai2 mesti diorang masih ingat lagu tu...