Monday, April 16, 2012

beg duit kiss me





beg duit dulu2 keluaran kiss me .
plggn mhon batal atas permintaan sendiri krana plggn mahukan streamyx sahaja.


beg canvas world cup france


beg ni pulak semasa movie titanic di keluarkan satu ketika dulu



kepada peminat nfl pulak ni dia kesemua beg beg tu NOS 

Friday, April 13, 2012

IKLAN LAMA BERSERTA KELENDER



ni sahaja yang tinggal 1 bulan dalam setahun masa itu tahun 1968.kebetulan bapa isteri aku beli tv dekat kedai tu dan dapat kelendar 1968 tapi sayang sekali
cuma tinggal satu bulan sahaja keratan kelendar tu yang lain dah hilang ...
1968 dalam kenangan tv hitam puteh

kotak zing berjenama ardath




ini dia kotak zing berjenama ardath.....
dulu dulu orang sebut ardath ialah "AKU RELA DUIT AKU TERBAKAR HANGUS "

pistol mainan


Add caption


pistol mainan ni biasanya jadi permainan kanak kanak bila tiba bulan puasa ...zaman dulu tak ada video game dan internet cukup sekadar main tembak tembak keliling surau sehingga azan magrib tiba untuk berbuka ...satu 30sen atau 40 sen tapi yang dalam gambar ni sekitar tahun 80 an harga 3.80 satu dan peluru merah 10 sen sebungkus .

kalau berminat order dengan saya dengan harga rm 30 berserta sebungkus peluru merah berisi 12 gulung .....

kasut warrior lama



kasut warrior ni terkenal pada masa zaman sekolah sekitar tahun 1976 .made in cina diantara kasut yang terbaik untuk digunakan bermain sepak takraw .ada warna putih ,hitam ,dan biru harga sekitar 10 ringgit pada masa itu ....mahal hooooo...
bayangkan bawak duit belanja sekolah pada masa itu 30 sen gaji kilang 3.80 sen sehari jadi harga 10 ringgit untuk kasut tu mahal....

aku guna kasut seperti ini sehingga tahun 1990 di sesuaikan dengan seluar jean ....ROCK KAPAK ...kasut dalam gambar ni adalah kasut seangkatan dengannya ni belum pernah guna lagi dapat stok lama di kedai .

cap jepun





cap jepun

cap ni macam cap yang harimau malaya pakai jenderal yamashita ....
ori ke? .....oh mungkin tidak sebab yang ori dia dah bawak balik jepun.yang ni anak buah dia punya tertinggal dekat pentempuran perang dunia kedua di parit sulong batu pahat .begitulah ceritanya betul atau tidak kena tanya dato aku he he..